Tuan Guru Abdul Samad Noh.
Oleh:
Mohd Fadhli Ghani
Salah seorang tokoh politik Islam terpenting di Perak
selepas Ustaz Abu Bakar al-Baqir ialah Tuan Guru Abdul Samad Noh. Beliau ialah
pengasas dan penggerak utama PAS di Perak pada 1950-an sehingga PAS lebih awak
berkembang dan berpengaruh di negeri ini.
Satu keistimewaan Abdul Samad ialah beliau lahir dalam
lingkungan kesedaran politik Islam dan gerakan antipenjajah kerana Kampung
Lalang tempat tumpah darahnya itu berdirinya Pondok Sheikh Junid Thola, Madrasah
ad-Diiniah.
Sheikh Junid dikatakan semenjak 1930-an menggerakkan
kesedaran tentang kewajipan menegakkan Negara Islam dan di pondok beliaulah
bangkitnya gerakan antipenjajah menerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API). Yang Dipertua Agung PAS, Dato` Mohd
Asri Muda merupakan bekas guru pondok ini sebelum berkahwin dengan Ketua Dewan
Muslimat PAS, Datin Sakinah Junid Thola.
Abdul Samad dilahirkan pada 1917 di Kampung Lalang, Padang
Rengas, Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Lalang,
kemudian memasuki madrasah ad-Diiniah, Kampung Lalang. Beliau menerima didikan
langsung daripada Sheikh Junid Thola, ulama lepasan Universiti al-Azhar yang
berasal dari Tanapuli, Sumatera sehingga membentuk kesedaran politik.
Beberapa tahun kemudian Abdul Samad berhijrah ke Madrasah
al-masriyah, Bukit Mertajam dan berguru dengan Sheikh Salleh Masri, seorang
lagi ulama lulusan Universiti al-Azhar. Pada 1935, beliau berangkat ke Makkah
dan mula belajar di Masjidil Haram di bawah bimbingan alim ulama di sana. Abdul Samad kemudian
memasuki Madrasah Shaulatiyah al-hindiyah,sebuah pusat pengajian islam aliran
India di Makkah.
Pengajian di Madrasah Shaulatiyah amat mempengaruhi
jiwanya.Ketika memasuki madrasah ini pada 1935,madrasah ini baru sahaja
ditinggalkan oleh pelajar-pelajar melayu kerana satu isu perkauman yang
dibangkitkan oleh perisik British,Abdul Majid Zainuddin.British beruasaha untuk
menghalang pelajar melayu memasuki madrasah ini kerana guru-gurunya amat anti
penjajah dan pelajarnya sering terpengaruh dengan gerakan nasionalisme India.
Pada 1944,Abdul Samad terlibat menubuhkan Melayu Makkatul
Mukarramah,sebuah pertubuhan politik pelajar Melayu dan Indonesia dan beliau
dilantik menjadi Yang Dipertua Tenaga melayu yang pertama.Tenaga Melayu
kemudiannya menjalinkan hubungan dengan Parti Indonesia Merdeka dan Persatuan
Anak-Anak Patani membentuk satu barisan menentang penjajah.Pada 1946,Tenaga
Melayu menghantar telegram kepada Dato’ Onn Jaafar untuk menyokong gerakan anti
Malayan Union